fb fb fb fb fb

PPj sedia 161 tapak niaga buat usahawan muda



PUTRAJAYA,12 Februari- Perbadanan Putrajaya (PPj) komited untuk menyediakan 161 tapak niaga menerusi program Ushawan Muda Kota (UMK) di kawasan Putrajaya sehingga tahun hadapan.

Sehingga kini, 105 tapak UMK telah ditawarkan kepada usahawan muda yang layak sejak progam itu dilaksanakan 3 tahun lalu.

Menurut Pengarah Bahagian Perlesenan PPj, Jeffri Mustapa, program di bawah inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) itu telah banyak memberi manfaat kepada anak muda yang menyertainya. 

Katanya, program tersebut menyasarkan usahawan yang boleh dibinbing oleh ushawan produk franchais atau ikonik dan mudah memulakan perniagaan tanpa modal besar.

"Di Medan Selera Presint 9 ni kita ada 6 unit kiosk dan kita dah kenal pasti usahawan-usahawan muda yang berpotensi yng sebelum ini berniaga di tepi-tepi jalan kita bantu untuk berniaga di kiosk dengan kemudahan yang lebih selesa," katanya selepas meninjau Mini Karnival Usahawan Muda di sini.

Turut hadir, Naib Presiden Jabatan Perkhidmatan Bandar PPj, Nik Shukri Nik Soh.

Karnival 2 hari itu dianjurkan bagi mempamerkan dan mempromosikan kegiatan usahawan muda dan penjaja kecil di Putrajaya yang terkesan akibat pandemik COVID19.

Media Baharu