MELAKA, 30 Oktober - Belia perlu mempunyai pemikiran tiga dimensi dan berdaya saing.
Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia berikutan kerajaan negeri mahu memastikan suara belia terus menjadi nadi dalam setiap dasar.
Ini termasuk pelan pembangunan serta keputusan strategik negeri.
Menurut beliau, seramai 490,000 belia di Melaka, menjadi indikator kekuatan untuk membentuk sebuah negeri maju.
"Saya menyarankan agar belia di Melaka jangan hanya berfikiran di luar kotak.
"Mereka mesti berfikir ke arah tiga dimensi, satu pemikiran yang merangkumi permasalahan hari ini, semasa dan penyelesaian pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara peringkat Melaka 2025 di Bandaraya Melaka.
Tambahnya, kerajaan negeri juga sentiasa komited menggerakkan lebih 100 inisiatif untuk belia di Melaka.