fb fb fb fb fb

Beli minyak subsidi: KPKM syaratkan nelayan isytihar hasil pendapatan

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 24 Mei-Langkah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mensyaratkan setiap nelayan perlu mengisytiharkan hasil pendapatan sebelum membuat pembelian minyak bersubsidi, merupakan salah satu langkah bagi memastikan bantuan subsidi itu digunakan untuk aktiviti penangkapan ikan.

Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin berkata,  Penguatkuasaan dan pemantauan terhadap penyaluran minyak diesel bersubsidi nelayan juga akan dijalankan secara berterusan agar tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan.

" Ops Tiris bertujuan memastikan pelaksanaan subsidi diesel tidak mengalami ketirisan dan sampai ke pihak yang layak menerimanya.

"Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan jabatan Kerajaan dan agensi penguatkuasaan antaranya APMM, PDRM, KASTAM, Imigresen, LHDN, LKIM dan DOF", katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal di Parlimen hari ini.

Tambah Foong Hin, kecekapan kaedah agihan, jualan di Jeti dan pusat jualan juga akan dipertingkatkan selain komitmen dan sokongan komuniti nelayan dalam melaporkan sebarang aktiviti penyelewengan kepada pihak berkuasa.


(Timbalan Menteri KPKM, Chan Foong Hin/FOTO RTM)

 

Media Baharu