fb fb fb fb fb

Belanjawan Johor 2023, lulus dengan sokongan sebulat suara

ISKANDAR PUTERI, 11 Disember- Dewan Negeri Johor meluluskan Belanjawan Johor 2023 berjumlah RM1.731 billion, selepas mendapat sokongan sebulat suara 40 Ahli Dewan Negeri.

Belanjawan Johor 2023 bertemakan 'Maju Johor, Makmur Bersama Rakyat' sebelum ini dibentangkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 1 Disember lalu.

Belanjawan yang dibentangkan itu merupakan belanjawan lebihan RM2.44 juta, selepas dua tahun berturut-turut merekodkan belanjawan defisit pada 2021 dan 2022.

Ketika pembentangannya sebelum ini, Datuk Onn Hafiz berkata, negeri ini diunjurkan mengutip hasil dianggarkan sebanyak 1.734 bilion ringgit manakala perbelanjaan pula dianggarkan berjumlah RM1.731 bilion.

Belanjawan Johor 2023 membabitkan sejumlah RM69.51 juta perbelanjaan tanggungan manakala bakinya, RM1.662 bilion perbelanjaan bekalan.

Sejumlah RM1.126 bilion diperuntuk bagi tujuan belanja mengurus membabitkan emolumen sebanyak RM559.54 juta.

Sementara itu, perbelanjaan perkhidmatan dan bekalan, RM316.73 juta, manakala aset, sebanyak RM27.86 juta.

Perbelanjaan pemberian dan kenaan bayaran tetap, RM209.37 juta serta perbelanjaan lain RM13.24 juta.


(Dewan Negeri Johor meluluskan Belanjawan Johor 2023 berjumlah RM1.731 billion)

Media Baharu