fb fb fb fb fb

1,601 graduan terima ijazah UMT

KUALA NERUS, 11 Disember- Seramai 1,601 graduan menerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Ke-20 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang
berlangsung selama dua hari sehingga esok.

Penerima skrol paling ramai pada istiadat kali ini ialah graduan prasiswazah membabitkan 1,430 orang.

Daripada jumlah berkenaan, graduan pasca ijazah adalah seramai 171, sementara 1,297adalah penerima bagi program sarjana muda selain 133 adalah penerima diploma.

Istiadat pembukaan majlis konvokesyen berkenaan disempurnakan Canselor UMT Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan berangkat ke majlis tersebut. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Bagi salah seorang graduan Sarjana Muda Kaunseling, Nur Aishah A. Zulkifli, setiap kejayaan perlu ditepuhi dengan cabaran yang berbeza.

(Istiadat pembukaan majlis konvokesyen berkenaan disempurnakan Canselor UMT Sultanah
Terengganu Sultanah Nur Zahirah)

"Masing-masing ada cabaran tersendiri macam saya cabaran sebagai seorang ibu, saya berjauhan pula dengan suami, tiada kejayaan yang mudah untuk dicapai," katanya.

Sementara itu,graduan Sarjana muda Sains Komputer dan Infomatik Maritim, Muhammad Syauqi Jafree, sudah pasti kejayaan dicapai adalah kebanggaan tak ternilai.

"Kami penerima Anugerah Pelajaran Diraja amat berbangga dengan anugerah ini dan berharap akan menjadi contoh untuk graduan di luar sana untuk lebih
proaktif dan berjaya di masa hadapan.," katanya.

(Nur Aishah A. Zulkifli)


(Muhammad Syauqi Jafree (kanan)

Media Baharu