fb fb fb fb fb

Belanjawan 2025: KPKM fokus tingkat penggunaan teknologi

Datuk Seri Isham Ishak

KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Belanjawan 2025 yang bakal diterima Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memberi fokus terhadap peningkatan penggunaan teknologi dalam meningkatkan hasil pertanian.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak berkata, penggunaan teknologi dilihat akan memperkasa golongan petani, penternak dan peladang dalam sektor pertanian.

"Ini merupakan satu usaha yang kita laksanakan pada satu masa, tetapi hampir setiap masa teknologi mempunyai perubahan. Jadi ada yang telah menggunakannya dan kita ingin tingkatkan penggunaan tersebut.

"Kumpulan yang masih menggunakan kedah tradisional perlu dibantu dan diberikan latihan. Ia bagi membantu mereka mendapatkan hasil yang baik selain memperkenalkan teknologi dalam bidang pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia (SPM) dia Angkasapuri Kota Media di ibu negara.

Penggunaan aplikasi dengan teknologi terkini dapat mengembangkan penternakan pintar.

Selain itu ia juga dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian yang boleh dimasukkan dalam rantaian bekalan dalam negara dan dieksport ke luar negara.

Pada Belanjawan 2024, KPKM menerima peruntukan sebanyak RM6.17 bilion.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI