fb fb fb fb fb

Belanjawan 2023 dibentang semula penuhi keperluan setiap masyarakat - Anwar

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan bahawa Belanjawan 2023 yang akan dibentang semula bulan depan akan memenuhi keperluan setiap lapisan rakyat dan kumpulan masyarakat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kandungan Belanjawan 2023 masih diperincikan lagi namun beliau memberi jaminan pentadbiran di bawah pentadbirannya tidak akan meminggirkan mana-mana kumpulan masyarakat.

“Belum siap lagi (Belanjawan 2023), inilah masalahnya. Sarawak minta (peruntukan), Sabah pun minta (peruntukan).

“Di bawah (pentadbiran) saya, (M40) tidak dipinggirkan. B40 penting, tapi M40 juga kita akan berikan perhatian,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan rasmi dua hari di Brunei.

Hadir sama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Perdana Menteri sebelum ini dilaporkan berkata, Belanjawan 2023 yang bakal dibentang semula bulan depan, tidak akan terikat dengan apa yang dibentang kerajaan terdahulu

Bagaimanapun, cadangan yang dibuat dalam belanjawan terdahulu tetap diambil kira dalam perangkaan Belanjawan 2023 yang baharu.

Media Baharu