fb fb fb fb fb

Belajar pengalaman perpaduan daripada Sarawak - PM

KUCHING, 19 Januari- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi ucapan sulungnya berkata, "belajar pengalaman perpaduan daripada Sarawak" dalam Majlis Jamuan Negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini.

"Ada satu hal yang harus dipelajari oleh rakan-rakan kita termasuk di Semenanjung dengan parti-parti politik yang bergelut tidak berkesudahan, belajarlah maksud pengalaman perpaduan daripada rakyat Sarawak.

"Mereka terus mengamalkan agama masing-masing. Kita perlu ingat ingat bahawa kita dijadikan oleh Allah. Perbezaan kaum dan warna kulit untuk kenal, saling menghormati antara satu sama lain," katanya.

Penegasan mengenai Sabah dan Sarawak oleh Anwar ketika menyampaikan amanat 'Membangun Malaysia Madani' yang memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak akan meminggirkan masyarakat minoriti di negara ini termasuk mereka di Sabah dan Sarawak.

Madani berteraskan enam rukun iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu