fb fb fb fb fb

Bekalan petrol, diesel cukup sepanjang Aidilfitri - KPDN Terengganu

FOTO RTM

KUALA TERENGGANU, 27 Mac- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu memberi jaminan bahawa bekalan petrol dan diesel di negeri itu mencukupi sepanjang Aidilfitri ini.

Pengarahnya, Mohd Mufsi Lat berkata kesemua 164 stesen minyak di Terengganu akan beroperasi seperti biasa termasuk pada 1 Syawal.

"Semua stesen minyak bersedia menerima peningkatan jumlah pengguna yang mengisi bahan api sempena musim perayaan ini. Tiada isu kekurangan stok, bekalan mencukupi bagi perjalanan pergi dan balik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) sempena Ramadan dan Aidilfitri di perkarangan Wisma Persekutuan di sini hari ini.

Sehingga 22 Mac lalu, sebanyak 211 siri PJRM telah dilaksanakan, memberi manfaat kepada lebih 200,690 pengunjung dengan hasil jualan mencecah RM8 juta.

Sepanjang musim perayaan ini, sebanyak 37 siri PJRM dijadualkan berlangsung.

SITI AISHAH MD ISA