fb fb fb fb fb

Bekalan daging sempena Aidiladha dijamin mencukupi

KOTA BHARU, 11 Jun- Bekalan daging lembu korban dijamin mencukupi dan dijangka tidak berdepan masalah menjelang sambutan Aidiladha nanti.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat ini tiada laporan dan rungutan berkenaan bekalan lembu daripada pembekal.
 
"Harga selalunya ikut bekalan kita tahu sekarang ini ternakan luar banyak masuk dari Kemboja dan Thailand jadi kos dari sana itu menjadi agak tinggi kalu dibanding harga sini dengan sana berbeza sebab kos pengangkutan dan tempat kuarantin," katanya.


(Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu)

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja rasmi di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) FAMA Kelantan, Tunjung Kota Bharu hari ini.

Dalam lawatan itu, Mohamad berkata, RTC FAMA Kelantan sedang menaik taraf medan pemborong kuih tradisional yang bernilai RM200,000 serta pembinaan ruang penyimpanan produk agro makanan dan bilik sejuk berjumlah RM2 juta bagi mengukuhkan lagi keterjaminan bekalan makanan negara.

Media Baharu