fb fb fb fb fb

Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Aidilfitri

PETALING JAYA, 15 April- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi jaminan bekalan telur, ayam adalah mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementerian juga akan mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk memenuhi bekalan telur, jika ia tidak mencukupi di tempat-tempat tertentu.

"Bekalan telur mencukupi. Kalau satu tempat itu tiada telur misalnya, kita akan mengarahkan FAMA cepat memenuhi pasaran, mencukupi.

"Mengenai telur import ini, kita bincang dari semasa ke semasa. kalau tempatan tidak mencukupi kita akan membuat keputusan segera pada waktu itu dan kita boleh bertindak dengan segera untuk memenuhi pasaran", katanya selepas melancarkan Program Jualan Syawal Madani Peringkat Kebangsaan di Tapak Pasar Tani Seksyen 6, Kelana Jaya, Selangor.


(Menterian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, 
Datuk Seri Mohamad Sabu)

Media Baharu