fb fb fb fb fb

100 Farmasi tawar Pakej Ubat Farmasi Rahmah

(Foto FB Fuziah Salleh)

KUANTAN, 15 April- Sebanyak 100 cawangan farmasi komuniti daripada 16 jenama di empat negeri mengambil bahagian menawarkan Pakej Ubat Farmasi Rahmah di premis masing-masing.

Ia melibatkan negeri Pahang, Kelantan Terengganu dan Selangor bagi kawasan Lembah Klang.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, ia antara inisiatif kerajaan membantu meringankan kos sara hidup rakyat dari aspek kesihatan.

“Saya takut ianya menjadi satu perkara yang jatuh dalam keutamaan, kalau kita tiada duit kesihatan diri itu adalah keutamaan. Jadi kalau ada pakej ini, ia akan membantu semua menjaga kesihatan diri", katanya kepada pemberita semasa sidang media selepas melancarkan Pakej Ubat Farmasi Rahmah di Farmasi AlSyifaa Kempadang Perdana di Kuantan, Pahang.


(Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri
dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh)

Tambahnya, konsep Farmasi Rahmah juga akan terus diperluas kepada 4,700 farmasi di seluruh negara secara beperingkat.

Katanya, penawaran Farmasi Rahmah ini tidak tertakluk hanya kepada pakej ubat-ubatan malah akan diperluas kepada produk-produk kesihatan yang lain bergantung kepada penawaran pakej perubatan mengikut kesesuaian farmasi terlibat.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan orang ramai mengambil peluang mendapatkan pakej-pakej berkenaan di farmasi terlibat sebagai kit persediaan terutama menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Turut hadir Pengarah PDN Pahang, Jezlily Jamaluddin dan Pengarah Urusan Kumpulan Farmasi AlSyifaa, Abdul Aziz Jamaludin.

Antara yang ditawarkan farmasi berkenaan ialah memperkenalkan lima pakej ubat dengan penjimatan 50 peratus daripada harga asal.

Media Baharu