fb fb fb fb fb

Program Jualan Syawal Madani, tawar harga berpatutan

YAN, 15 April- Sebanyak sembilan pasar tani, pasar tani kekal dan outlet peruncitan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan mengadakan Program Jualan Syawal Madani sempena Aidilfitri ini.

Pengarah FAMA Kedah, Isa Hamzah berkata program itu menyediakan keperluan barangan dapur segar pada harga berpatutan bagi memudahkan pengunjung berbelanja.

Hanya Pasar Tani Guar Chempedak, Yan akan mengadakan Program Jualan Syawal Madani setiap hari bermula hari ini sehingga 21 April.

Lapan lagi lokasi mengikut waktu operasi masing-masing iaitu Pasar Tani Sungai Petani 16 April, Pasar Tani Kulim 17 April, Agrobazaar Rakyat Selama 18 April, Pasar Tani Pendang 18 April, Pasar Tani Taman Wira Alor Setar 19 April, Pasar Tani Baling 19 April, Medan Food Truck FAMA Alor Setar 20 April dan Pasar Segar Mr Jasem, Langkawi 20 April.

"Lebih 300 usahawan FAMA akan menjayakan Program Jualan Syawal Madani kali ini. Harga jualan jika di outlet akan dipastikan 5 hingga 10 peratus lebih murah daripada pasaran sekitar. Tetapi untuk sembilan lokasi jualan khas Syawal ini, ia bergantung kepada lokasi-lokasi tersebut dimana ada penawaran harga yang istimewa," katanya kepada pemberita di sini.


(Hanya Pasar Tani Guar Chempedak, Yan akan mengadakan Program Jualan Syawal
Madani setiap hari bermula hari ini sehingga 21 April)

Media Baharu