fb fb fb fb fb

Bekalan ayam masih stabil - Mohamad Sabu

(Mohamad Sabu melakukan lawatan kerja ke Kilang Ayam Bismi di Simpang Empat,
Alor Setar pada 25 Januari 2023)

ALOR SETAR, 25 Januari- Bekalan ayam dalam negara ketika ini adalah stabil dan pemantauan terhadapnya akan dilakukan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, kementerian akan meneliti sebarang kemungkinan termasuk jangkaan berlaku kekurangan bekalan berikutan penularan wabak selesema burung yang serius di hampir seluruh negara di hemisfera utara terutama di Eropah dan Amerika Syarikat.

"Insya Allah, bekalan ayam sedang pulih," katanya kepada media selepas melakukan lawatan kerja ke Kilang Ayam Bismi di Simpang Empat di sini.

Malaysia dilapor boleh berdepan ancaman keselamatan makanan serius kerana bekalan ayam seluruh negara dijangka menyusut kepada 40% menjelang Jun tahun ini berikutan penularan wabak selesema burung.

Mengenai subsidi bersasar, Mohamad Sabu berkata, perkara tersebut sedang dibincangkan di peringkat beberapa kementerian.

Kajian itu kini diperingkat kajian akhir dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Ujar beliau, sebarang aduan berkaitan subsidi boleh disalurkan kepada kementerian untuk tindakan.

(Mohamad Sabu)

Media Baharu