BALIK PULAU, 26 Oktober - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Tan Sri Awang Had Salleh telah ditutup, menjadikan hanya enam PPS yang masih dibuka di Pulau Pinang, setakat ini.
Menurut Pusat Kawalan Bencana Negeri Pulau Pinang, ia menjadikan hanya dua daerah yang terjejas, iaitu Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT).
"PPS tersebut ditutup pada pukul 12.45 tengah hari tadi setelah beroperasi selama tiga hari; menempatkan 34 penduduk terjejas daripada 10 keluarga.
"Enam PPS masih beroperasi termasuk SK Guar Perahu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir di SPT.
"PPS masih beroperasi di SPU pula, membabitkan SK Lahar Yooi, SK Padang Menora, Sekolah Agama Rakyat Nyior Sebatang dan Pusat Penempatan Banjir Labuh Banting," menurut kenyataan itu.
Setakat pukul 3.30 petang, SPU menjadi daerah paling teruk terjejas banjir ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.