fb fb fb fb fb

Bekal barangan palsu, tiga individu didenda lebih 600,000

IPOH, 28 Julai- Dua pengurus dan seorang pengarah syarikat didenda lebih RM607,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan membekal barangan palsu.

Kes dibicarakan Hakim, Norashima Khalid dan tertuduh iaitu  Yap Yin Keat 51 tahun, Yap Kian Seng 61 tahun dan Sun Hai Xian berumur lingkungan 40-an.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati memiliki serta membekalkan barangan dagangan palsu sebanyak 4,342 unit pasang kasut serta selipar jenama Adidas dan Nike.

Kesalahan itu dilakukan di Hala Perusahaan Kledang Utara 4, Kawasan Perindustrian Menglembu, Perak pada dua tahun lepas.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Muhammad Ridzuan Abd Rahim manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili Peguam, Mohd Fitri Asmuni dan Mohd Asri Otsman.

Bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa mengikut seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 8(2(a) dan Seksyen 8(2(b) Akta yang sama.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM15,000 terhadap kesemua tertuduh.

Kes akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bagi proses rayuan.


(Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM15,000 terhadap kesemua tertuduh)

Media Baharu