fb fb fb fb fb

Beberapa negeri diramal mengalami hujan, ribut petir pada 31 Mac

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa negeri akan mengalami hujan dan ribut petir pada 31 Mac.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, keadaan berkenaan dijangka akan berlaku sebelah pagi di Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak (Sarikei dan Mukah).

Sementara itu pada sebelah petang keadaan cuaca sama dijangka berlaku di Perlis Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, timur Johor, Sarawak (bahagian Kapit dan Miri) dan Sabah (Sandakan Tawau dan Kudat).

Sementara itu pada sebelah malam, keadaan tersebut dijangka akan berlaku di negeri Pahang dan Sabah (Tawau).

Bagaimanapun menerusi kenyataan sama MetMalaysia turut memaklumkan negeri-negeri lain dijangkakan tidak mengalami keadaan tersebut pada waktu yang dinyatakan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI