KUALA LUMPUR, 17 April- Seramai 155 orang daripada 54 keluarga terjejas banjir di Sabah, setakat pada pukul 6.00 pagi tadi.
Jumlah berkenaan tidak berubah berbanding pada pukul 12.00 tengah malam tadi.
Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), banjir hanya melibatkan daerah Beaufort.
Hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu.
Selain Sabah, Johor turut dilanda banjir.
Bagaimanapun, ia hanya melibatkan daerah Segamat.
"Di Segamat, 56 orang daripada 17 keluarga masih kekal berada di PPS, berbanding tengah malam tadi.
"Ia membabitkan dua PPS di daerah tersebut," menurut kenyataan berkenaan.