(Mangsa lemas, Adryan Mikhael Mohamad Afiq di Sungai Lubuk Pedati, Kedah/
PDRM & orang awam)
BALING, 8 Julai- Seorang bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Lubuk Pedati, di sini, Kedah.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira pukul 12.27 tengah hari tadi.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut melibatkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Mayat mangsa dikenali sebagai Adryan Mikhael Mohamad Afiq ditemui terapung di Kampung Sungai Limau pada pukul 12.45 tengah hari dan disahkan meninggal dunia.
Berdasarkan siasatan awal, mangsa bersama ayahnya, 30, dikatakan tergelincir dan mangsa terlepas daripada genggaman bapanya sebelum hilang dibawa arus.
Mayat mangsa dibawa ke Balai Polis Baling untuk proses dokumentasi dan dibawa ke Hospital untuk tujuan bedah siasat.
(Mangsa lemas, Adryan Mikhael Mohamad Afiq di Sungai Lubuk Pedati, Kedah/
PDRM & orang awam)