(Bayi perempuan yang dijumpai di Masjid An Najihah, Perak/
IPD Kerian)
GUNUNG SEMANGGOL, 9 Jun- Seorang bayi perempuan ditemukan di hadapan pintu utama Masjid An Najihah, Sungai Kepar, di sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Juna Yusoff berkata bayi tersebut dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kecederaan.
"Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang perempuan telah masuk ke dalam kawasan masjid dan meninggalkan bayi itu sebelum beredar, kira-kira pukul 11.58 pagi hari sama," katanya dalam satu kenyataan.
Pihak polis meminta wanita tersebut untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menyalurkan kepada balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan IPD Kerian di talian 05-7212222.
(Foto hiasan)