fb fb fb fb fb

FassTap mudahkan pembayaran zakat fitrah

(Abdul Hakim (tengah) melakukan gimik pelancaran Ujian Rintis Pembayaran Zakat)

KUALA LUMPUR, 15 April- Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan ujian rintis yang membolehkan pungutan zakat fitrah ditunaikan menerusi sistem FassTap dengan menggunakan teknologi Komunikasi Medan Dekat (NFC).

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, teknologi NFC juga membolehkan pembayaran secara selamat dan mudah.

Katanya, PPZ-MAIWP merupakan institusi zakat pertama di dunia memperkenalkan inovasi kaedah pembayaran zakat menggunakan teknologi NFC.

Melalui kaedah itu, pembayar zakat hanya perlu menyentuh kad kredit atau debit mereka pada telefon bimbit amil yang dilengkapi sistem FassTap.

"Dari segi saluran pembayaran, kami menyediakan banyak cara iaitu secara 'online' (dalam talian) dan 'offline' (luar talian).

"Cuma kaedah yang ditawarkan sistem FassTap lebih cepat dan cekap, tidak perlu menunggu lama, resit pembayaran akan dihantar melalui e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS)," katanya selepas merasmikan Ujian Rintis Pembayaran Zakat Fitrah di Ibu Pejabat PPZ-MAIWP, di sini.

Abdul Hakim berkata, PPZ-MAIWP menjangkakan kaedah pembayaran itu bukan sahaja akan menggalakkan pembayaran zakat fitrah, malah lebih ramai dijangka menunaikan zakat harta serta membuat sumbangan wakaf tunai.

(Abdul Hakim Amir Osman)

 

 

 

Media Baharu