fb fb fb fb fb

FAMA, Bank Rakyat salur sumbangan untuk 300 asnaf di Selangor

SEPANG, 15 April- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor berjaya menyalurkan sumbangan kepada seramai 300 golongan asnaf melibatkan tiga daerah di Selangor menerusi Program Semarak Ramadan bersama Bank Rakyat.

Program yang memasuki kali ketiga diadakan itu, melibatkan daerah Klang, Sepang dan KualaLangat.

Pengarah Fama Selangor Aiada Abdul Rashid berkata usaha itu bukan sahaja dapat mengimarahkan bulan Ramadan sekali gus mengetengahkan peranan FAMA kepada masyarakat setempat dan membantu golongan yang memerlukan.


(Pengarah Fama Selangor Aiada Abdul Rashid)

"Pada keseluruhannya,kita peruntukan RM600,000 untuk seluruh Malaysia dan untuk di Selangor sahaja melibatkan lebih kurang RM50,000.

"Ini merupakan sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan kerjasama Bank Rakyat dan kami harap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyantuni golongan asnaf, insya-Allah", katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Ramadan FAMA Negeri Selangor di Masjid As Syakirin Jenderam Hilir, Sepang.

Pada majlis itu turut diedarkan kit makanan dan bubur lambuk kepada penduduk setempat.

Media Baharu