SHAH ALAM, 24 Jun- 65,000 unit barangan rampasan bernilai RM3.5 juta dilupuskan. Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radley, nilai pelupusan kes tahun ini merupakan yang tertinggi dicatatkan bagi tempoh 2024 hingga Mei 2025.
Jenis barangan yang melibatkan kuantiti tertinggi adalah kategori barangan penjagaan diri tiruan iaitu 41,000 unit.
"Objektif pelupusan adalah untuk memastikan barang kes yang telah dikenakan tindakan di bawah Akta Yang sedang berkuat kuasa tidak kembali berada di pasaran. Ataupun urus niaga demi menjaga kepentingan pengguna dan memastikan aktiviti perdagangan dalam negeri mematuhi peraturan peraturan "yang berkuat kuasa. Dan kesemua barangan yang akan dilupuskan ini adalah berstatus selesai menjalani prosedur mahkamah dan telah mendapat perintah ataupun kebenaran pelupusan daripada mahkamah," katanya di Shah Alam.
Dalam perkembangan lain, Mohd Zuhairi turut menegaskan, mana-mana individu yang melakukan sindiket penyeludupan diesel di Selangor akan dikenakan tindakan sewajarnya. Pihaknya akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan tangkapan.
" Saya boleh nyatakan di sini ialah kami mendapat kerjasama yang sangat baik dengan PDRM. Jadi dengan jaringan kami dan juga jaringan PDRM, kita lihat bahawa sindiket sindiket terutama di Selangor. Memang sukar untuk bergerak lah Dan saya berjanji dengan tuan Dan Puan Puan kita akan banyak lagi dapat kes."
Tambah beliau, untuk tahun ini sahaja KPDNHEP Selangor telah berjaya menyelesaikan 96 kes melibatkan sindiket penyeludupan diesel bernilai RM2.9 juta.