fb fb fb fb fb

Bantuan RM1 juta kepada penduduk terjejas banjir disalur tabung bencana KKD

PUTRAJAYA, 21 Disember- Bantuan RM1 juta akan disalur kepada penduduk terjejas banjir menerusi tabung bencana Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

Menurut Menterinya, Fahmi Fadzil pihaknya akan berurusan dengan agensi yang berkaitan untuk mengenal pasti penduduk terkesan yang boleh dibantu.

Jelasnya, sejak tabung bencana itu diwujudkan pada Disember tahun lalu, 6.15 juta ringgit berjaya dikumpul hasil sumbangan agensi dan rakan strategik.

"Ketika ini ini kita masih punyai jumlah sebanyak 4.2 juta ringgit dalam bentuk tunai serta barangan dari syarikat telkomunikasi digi dan syarikat lain yang bernilai RM500,000.

"Jadi bentuk sumbangan adalah secara tunai bagi isi rumah yang terkesan dan kita juga menyediakan seperti kita lihat tadi kotak barnagan makanan dan keperluan bernilai RM200setiap satu," kata Fahmi dalam sidang media selepas melakukan tinjauan persediaan bantuan bencana banjir kementeriannya di sini.

Pihaknya juga akan menyediakan khidmat sukarelawan bagi tujuan gotong-royong dan pembersihan kediaman penduduk terjejas banjir di lokasi yang akan diumumkan kelak.

(Fahmi selepas melakukan tinjauan persediaan bantuan bencana banjir kementeriannya)

Media Baharu