KUALA LUMPUR, 30 Oktober-Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan memberi inisiatif kepada golongan belia sebagai galakkan bagi menyertai bidang pertanian.
Timbalan Menterinya, Datuk Chan Foong Hin berkata, Inisiatif tersebut akan disalurkan melalui bantuan Agroprenuer Muda.
"Sokongan akan diberikan oleh KPKM kepada golongan muda yang berminat menyertai bidang pertanian.
"Kita akan membimbing mereka (belia) melalui pelbagai jenis program yang bersifat TVET agar mereka memahamikaedah pertanian, perikanan dan sebagainya", kata Foong Hin.
Menurut Fong Hin, selain inisiatif pihaknya juga kini mengadaptasi teknologi ke dalam bidang pertanian sebagai salah satu cara bagi menarik minat belia menceburi bidang berkenaan.
"Kita sedang melihat daripada sudut teknologi iaitu adaptasi teknologi seperti dron,IoT, kerana ia sesuatu yang dapat menarik minat anak muda bagi menceburi bidang pertanian", katanya selepas menjadi tetamu pada program Selamat Pagi Malaysia.