fb fb fb fb fb

Bantu anak-anak memerlukan, pastikan tidak tercicir pendidikan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 29 Oktober - 100 pelajar dari sembilan sekolah menengah di parlimen Bandar Tun Razak menerima sumbangan tunai RM500 menerusi Program Sumbangan Insan Madani Sekolah Menengah.

Program tanggungjawab sosial korporat tersebut merupakan kolaborasi antara sektor awam, swasta dan komuniti untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengira latar belakang.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan perasmian program menekankan yang setiap anak berhak mendapat peluang pendidikan.

Beliau berkata, bantuan yang diberikan bukan sahaja tanda keprihatinan berterusan tetapi merupakan simbol kasih sayang dan solidariti masyarakat.

Datuk Seri Dr Wan Azizah juga berharap penerima sumbangan menjadikan program hari ini sebagai titik permulaan untuk melakar masa depan yang lebih cemerlang seterusnya kembali berbakti kepada masyarakat.

"Semangat Ihsan Madani harus terus diperkukuh dalam komuniti melalui budaya saling membantu, menghargai ilmu dan menyemai kasih sayang sesama insan," tambah beliau.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN