fb fb fb fb fb

Banjir, tiga sekolah di Johor Bahru ditutup

Situasi banjir di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 8 Januari- Tiga sekolah di Johor Bahru ditutup bermula hari ini akibat banjir.

Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi, Norlizah Noh berkata ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, ⁠SK Bukit Mutiara dan SK Sungai Tiram.

Namun, tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terkandas akibat banjir di negeri itu, setakat ini. 

Sementara itu, Peperiksaan Penggal Kedua bagi Tahap 1 dan 2 Sekolah Agama Kerajaan Johor pula ditangguhkan bagi sekolah yang terjejas banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata peperiksaan yang bermula 3 Januari lepas, dijadualkan berlangsung hingga 18 Januari ini.

Tambahnya, tarikh baharu peperiksaan itu akan diumumkan kelak.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM