fb fb fb fb fb

Banjir Terengganu, jumlah penduduk terjejas terus meningkat

KUALA TERENGGANU, 27 Februari- Perkembangan banjir di Terengganu menyaksikan sehingga pukul 10 malam tadi, penduduk terjejas banjir di negeri itu terus
menunjukkan peningkatan.

7,488 penduduk daripada 2,215 keluarga dipindahkan berbanding lebih 5,722 orang petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata ketika ini, 127 PPS dibuka di semua daerah.

Kemaman masih lagi mencatatkan penduduk terjejas paling tinggi dengan 2,041 penduduk diikuti Hulu Terengganu dengan seribu 811 penduduk.

Daerah Setiu mencatatkan 1,162 penduduk, Dungun Seribu 119, Besut Seribu 105, Dan Kuala Nerus mencatatkan 205 penduduk.

Bagi daerah Kuala Terengganu pula merekodkan 40 penduduk dan Marang 5 orang.

Terengganu mula banjir bermula khamis lepas dan disifatkan paling teruk dalam lima episod gelombang monsun Timur Laut sejak 2 Disember lalu.

Media Baharu