fb fb fb fb fb

Banjir Sarawak: 15 penduduk berlindung di PPS Dewan Suarah Marudi

FOTO RTM

MIRI, 19 September- Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Suarah Marudi meningkat kepada 15 orang setakat pukul 6 petang ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sebelum ini PPS berkenaan menempatkan 13 penduduk daripada empat keluarga terjejas.

Sementara itu, paras air Sungai Baram di Stesen Marudi dan Long Teru masih berada pada aras bahaya, manakala bacaan di Stesen Long Panai kekal pada aras waspada.

Walaupun terdapat lokasi menunjukkan trend penurunan paras air, beberapa kawasan lain masih mencatatkan peningkatan, menyebabkan pihak berkuasa terus melakukan pemantauan rapi dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

SITI AISHAH BINTI MD ISA