fb fb fb fb fb

Banjir Sabah: Jumlah penduduk terjejas di Pitas meningkat

KOTA KINABALU, 8 Februari - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pitas meningkat kepada 386 orang setakat 8 malam tadi, berbanding 313 orang pada sebelah petang.

Menurut infografik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan keseluruhan empat PPS beroperasi.

PPS tersebut ialah Dewan Kampung Sinukab yang menempatkan 73 penduduk daripada 21 keluarga.

Tiga PPS lain masing-masing Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Pitas II kekal menempatkan 108 penduduk; Dewan SK Rukom (132) dan Dewan Kampung Kusilad (73) penduduk.

Semua PPS diaktifkan bagi menempatkan penduduk dari lapan kampung di Pitas yang dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak Ahad.

Kampung terbabit ialah Kampung Tambilidon, Kampung Kalumpang, Kampung Taka, Kampung Saab Darat, Kampung Rukom Ulu, Kampung Kusilad, Kampung Desa Seberang dan Kampung Kanibongan.

Media Baharu