fb fb fb fb fb

Banjir Perak: Jumlah penduduk terjejas banjir menurun

FOTO APM PERAK

IPOH, 12 November- Setakat pukul 8.00 pagi, jumlah penduduk terjejas banjir di negeri itu merekodkan penurunan iaitu sebanyak 423 orang, berbanding 457 orang pada pukul 12 tengah malam semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka melibatkan dua daerah iaitu Hilir Perak dan Kerian.

Di daerah Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan jumlah penduduk terjejas iaitu seramai 169 orang daripada 52 keluarga.

70 orang daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS MPTI Langkap.

PPS Dewan Serbaguna Chikus kekal menempatkan 40 orang daripada 11 keluarga.

Manakala 87 orang daripada 21 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak di daerah Kerian.

Sementara itu, 57 orang daripada 19 keluarga di tempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE