PERAK, 21 Oktober - Sebanyak dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Batang Padang dan Muallim ekoran banjir kilat di beberapa kawasan di derah berkenaan, malam tadi.
Setakat pukul 7.00 pagi tadi, jumlah penduduk terjejas banjir adalah melibatkan 67 orang daripada 14 keluarga di pindahkan di dua daerah berbeza.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, dua PPS itu dibuka pada pukul 10.30 dan 11.00 malam.
"PPS Dewan Orang Ramai Klah baru daerah Batang Padang menempatkan 54 penduduk terjejas melibatkan 11 keluarga yang terjejas.
"Makanala di PPS SJK Tamil Trolak Pekan di Daerah Muallim menempatkan 13 penduduk terjejas daripada 3 keluarga, menurut kenyataan itu.