IPOH, 1 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak dicatatkan seramai 390 orang daripada 82 keluarga, setakat pukul 4.00 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi ialah di daerah Muallim.
"PPS Dewan Kg Asli Chinggung dibuka sejak semalam menempatkan penduduk dari Kampung Chinggong, Muallim," menurut sekretariat itu.
Sementara itu Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak memaklumkan penutupan laluan A175 Jalan Selat Pulau-Pebayan kepada semua jenis kenderaan susulan air naik setinggi 0.8 meter di kawasan itu.