fb fb fb fb fb

Banjir Perak: 15 penduduk berlindung di PPS

IPOH, 16 Disember- Seramai 15 penduduk terjejas banjir daripada 7 keluarga masih berlindung sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak pada pukul 10.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat di daerah Bagan Datuk.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Sungai Belukang, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Nipah Darat.

(15 penduduk berlindung di PPS/APMM)

Media Baharu