fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Sabah, Sarawak meningkat 16,109 orang

Keadaan banjir di Tebakang, Serian, Sarawak

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Penduduk terjejas banjir di Sarawak dan Sabah adalah seramai 16,109 orang daripada 4,872 keluarga. Mereka kini yang ditempatkan di 93 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan berbanding petang tadi yang merekodkan 15,569 penduduk daripada 4,770 keluarga di 91 PPS.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kenyataan memaklumkan, di Sarawak angka penduduk terjejas di 11 daerah tidak banyak berubah serta empat daerah menunjukkan trend meningkat.

Jumlah penduduk terjejas di Sarawak adalah seramai 10,914 orang, daripada 3,026 keluarga dan ditempatkan 60 di PPS.

Daerah Bintulu mencatatkan paling ramai penduduk terjejas iaitu 4,725 orang, daripada 1,230 keluarga yang berlindung di enam PPS diikuti Serian yang merekodkan 1,626 penduduk daripada 524 keluarga di 11 PPS.

Di Selangau, seramai 629 penduduk daripada 209 keluarga yang ditempatkan di empat PPS, di Tatau pula merekodkan 517 orang daripada 163 keluarga di dua PPS dan di Kuching, seramai 475 penduduk daripada 153 keluarga berlindung di tiga PPS.

Manakala, di Asajaya merekodkan seramai 442 penduduk terjejas, Miri (373), Samarahan (368), Sebuyau (266), Simunjan (141), Sebauh (118), Kanowit (83), Subis (37) dan Gedung (10).

Sementara itu, Sabah merekodkan 5,195 penduduk terjejas banjir yang kini ditempatkan di 33 PPS melibatkan 9 daerah.

NADMA memaklumkan daerah Kota Marudu menjadi daerah yang merekodkan paling ramai penduduk terjejas iaitu 2,944 orang daripada 1,095 keluarga di 10 PPS, diikuti Pitas 792 orang daripada 276 keluarga di lima PPS.

Manakala di Lahad Datu merekodkan 505 penduduk, diikutiTelupid (288), Paitan (240), Kota Belud (207), Beaufort (108), Beluran (57) dan Tongod seramai 54 orang.

ROSLINA BINTI DIN