fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Raub meningkat

Penduduk terjejas banjir yang berlindung di PPS Balairaya Felda Tersang 1, Raub, Pahang

RAUB, 8 Februari- Bilangan penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat kepada 81 orang, setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Ia meningkat berbanding 66 penduduk pada pukul 10.00 pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub memaklumkan, kesemua 15 keluarga terjejas itu kini berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balairaya Felda Tersang 1.

Kejadian banjir tersebut dipercayai berlaku ekoran hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan malam tadi yang menyebabkan air melimpah.

Laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menunjukkan bacaan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera melebihi paras bahaya iaitu 32.02 meter.

SITI AISHAH BINTI MD ISA