fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas meningkat sedikit pagi ini

FOTO FB Polis Daerah Mersing

KUALA LUMPUR, 2 Januari- Pahang, Johor dan Kelantan masih terjejas banjir dengan mencatatkan jumlah penduduk yang terkesan seramai 80 orang daripada 23 keluarga di empat pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Menerusi Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), angka tersebut mencatatkan sedikit peningkatkan berbanding 70 orang daripada 29 keluarga di tiga PPS, pukul 12.00 tengah malam tadi.

Jumlah berkenaan meningkat bagi negeri Pahang iaitu seramai 29 penduduk daripada lapan keluarga di dua PPS melibatkan dua daerah pagi tadi, berbanding 19 penduduk daripada lima keluarga di sebuah PPS di satu daerah, tengah malam tadi.

Sementara Kelantan kekal 26 orang daripada tujuh keluarga di satu daerah yang masih berlindung di sebuah PPS.

Johor juga kekal 25 penduduk daripada lapan keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS dekat satu daerah.

Dalam pada itu, tiga kematian direkodkan bagi banjir kali ini di Kelantan dengan dua kematian dicatatkan di jajahan Pasir Mas pada 24 dan 26 Disember lalu, serta satu kematian di Kota Bharu pada 26 November lepas.

SITI AISHAH BINTI MD ISA