fb fb fb fb fb

PM, isteri zahir simpati tragedi gempa bumi di Ishikawa

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 2 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa simpati atas tragedi gempa bumi kuat yang melanda wilayah Ishikawa, tengah Jepun, semalam.

Beliau mendoakan mereka yang terkesan diberi ketabahan dan kesabaran dalam melalui waktu sukar tersebut.

Tambah Anwar, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana berkenaan.

"Saya dan Azizah turut bersimpati dengan tragedi gempa bumi berukuran sehingga 7.6 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin.

"Moga yang terkesan diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar ini, termasuk rakyat kita di sana," kata Perdana Menteri menerusi Facebooknya.

Setakat semalam, Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terbabit atau terjejas dalam kejadian gempa bumi itu.

Gempa bumi dengan magnitud 7.6 tersebut telah mencetuskan amaran tsunami sepanjang kawasan pantai barat Jepun dengan mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang.

SITI AISHAH BINTI MD ISA