fb fb fb fb fb

Banjir: Penduduk terjejas di Melaka berkurangan

Banjir semakin berkurangan di Melaka

MELAKA, 1 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Melaka berkurangan kepada 291 orang, setakat pukul 12.00 tengahari serta satu pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Jernih di Alor Gajah, ditutup sepenuhnya pada pukul 11.00 pagi. Ini menjadikan empat PPS masih beroperasi di negeri itu.

PPS SK Krubong kekal menempatkan penduduk terjejas banjir paling ramai di Melaka dengan 102 orang daripada 18 keluarga.

Sementara itu, PPS JAPERUN Durian Tunggal dan PPS SK Ayer Jernih di Alor Gajah menempatkan seramai 24 penduduk terjejas banjir.
 
Di Jasin pula, PPS SK Parit Penghulu menempatkan seramai 95 penduduk terjejas banjir dan SK Seri Mendapat, 70 penduduk terjejas banjir.
 
Sementara itu, berdasarkan laman sesawang Public Info Banjir, Sungai Kesang Jasin berada di paras bahaya. Manakala, paras air di Sungai Siput Alor Gajah dan Pintu Air Batu Hampar Melaka Tengah pula masing-masing di paras amaran dan waspada.

 

 

 

 

ROSLINA BINTI DIN