ALOR SETAR, 29 Oktober - Penduduk terjejas banjir di Kedah terus menunjukan sedikit penurunan.
Sehingga pukul 4.00 petang, seramai 732 penduduk terjejas banjir daripada 205 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di negeri itu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah dalam kenyataan berkata, seramai 580 penduduk daripada 162 keluarga di daerah Pendang ditempatkan di tiga PPS.
Penduduk terjejas ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Puteh dan di SK Tunku Intan Shafinaz.
Di Kota Setar, seramai 140 penduduk daripada 39 keluarga ditempatkan di sebuah PPS iaitu di SK Haji Idris Tajar. Manakala, di Pokok Sena, terdapat 12 penduduk daripada empat keluarga berlindung di Dewan Serbaguna Pokok Sena.