fb fb fb fb fb

Banjir Pahang: Penduduk terjejas meningkat

Foto Facebook rasmi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN, 1 Disember-Seramai 1,197 penduduk terjejas banjir di Pahang terdiri daripada 407 keluarga dipindahkan ke 26 PPPS setakat pukul 6.00 petang tadi.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), banjir di Pahang melibatkan daerah Raub, Jerantut dan Lipis.

Di daerah Raub, seramai 1,072 orang daripada 366 keluarga dipindahkan ke 20 buah PPS.

Sementara Jerantut pula melibatkan seramai 92 orang daripada 27 keluarga dipindahkan ke empat buah PPS.

Manakala Lipis, seramai 33 penduduk daripada 14 keluarga dipindahkan ke dua buah PPS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD