fb fb fb fb fb

Banjir Kelantan: Jumlah mangsa terjejas berkurang

Foto RTM

PASIR MAS, 1 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan terus menunjukkan penurunan.
 
Setakat pukul 7.00 malam tadi, seramai 90,244 penduduk terjejas direkodkan berbanding 93,763 orang pada pukul 4.00 petang tadi.

Kesemua mereka daripada lebih 28,000 keluarga itu kini berlindung di 259 PPS yang masih aktif membabitkan sembilan daerah di negeri itu.

Bagaimanapun, jajahan Pasir Mas masih merekodkan penduduk terjejas paling ramai iaitu lebih 30,000 orang yang berlindung di 66 PPS.

Ia diikuti Tumpat 18,652 orang di 38 PPS.

Jajahan lain turut terkesan ialah Pasir Puteh, Kota Bharu, Kuala Krai,Tanah Merah, Bachok, Machang dan Jeli.

Sementara itu, tiga sungai di negeri itu masih mencatatkan aras melebihi tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas, Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat dan Sungai Semerak di Pasir Puteh.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD