fb fb fb fb fb

Banjir Pahang: 28 penduduk ditempatkan di satu PPS

FOTO HIASAN

RAUB, 3 Februari - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 28 penduduk terjejas banjir Kampung Ulu Sungai, di sini pagi tadi.

Kesemua penduduk daripada 12 keluarga itu ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Raub dalam kenyataannya memaklumkan, hujan lebat berterusan malam tadi di daerah itu menyebabkan paras air sungai berdekatan penempatan tersebut melimpah.

"Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) segera membuat pemantauan berhubung kejadian tersebut," menurut kenyataan itu.

TETITIA YUSOFF