KUANTAN, 1 Disember - Seramai 1,239 penduduk terjejas banjir di Pahang terdiri daripada 429 keluarga dipindahkan ke 26 pusat pemindahan banjir (PPS) setakat 9.00 malam tadi.
Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), banjir di negeri itu melibatkan daerah Raub, Jerantut dan Lipis.
"Di daerah Raub, seramai 1,100 orang daripada 383 keluarga dipindahkan ke 20 buah PPS.
"Sementara Jerantut pula melibatkan seramai 106 orang daripada 32 keluarga dipindahkan ke empat buah PPS," menurut InfoBencana JKM itu.
Manakala di Lipis seramai 33 penduduk daripada 14 keluarga dipindahkan ke dua buah PPS.