fb fb fb fb fb

Banjir Muallim : 3 lagi PPS ditutup, paras air Sungai Slim kekal bahaya

FOTO APM PERAK

IPOH, 16 September - Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Muallim ditutup tengah hari tadi, menjadikan hanya satu PPS masih beroperasi di Perak.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sehingga pukul 2.00 petang, hanya PPS Sekolah Kebangsaan Kuala Slim masih dibuka dengan menempatkan 33 penduduk daripada sembilan keluarga.

Tiga PPS lain iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir, Kampung Orang Asli Lembing, Behrang Stesyen dan Dewan Serbaguna Kampung Pauh ditutup sepenuhnya pada pukul 1.00 tengah hari.

Bagaimanapun, paras air di Stesen Sungai Slim, Slim River kekal pada tahap bahaya dengan bacaan 25.33 meter, melebihi paras normal 23.50 meter.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE