fb fb fb fb fb

Banjir : Lebih 4,000 hektar kawasan pertanian terjejas

FOTO RTM

PUTRAJAYA, 2 Januari- Lebih 4,893 hektar kawasan pertanian terjejas akibat banjir.

Nilai kerosakan dianggarkan berjumlah RM23 juta.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Jumlah itu melibatkan 2,269 petani di tiga buah negeri.

Tambah Zahid, 51 fasiliti kesihatan turut terkesan banjir, melibatkan 23 di Kelantan, 17 di Pahang dan 11 di Terengganu.

Zahid turut memaklumkan,permintaan untuk pam banjir meningkat di kawasan terjejas.

Sehubungan itu, NADMA telah menyalurkan RM23 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran bagi tujuan perolehan pam air bergerak.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD