fb fb fb fb fb

Banjir kilat: Penyelesaian holistik, kerjasama semua pihak diperlukan

Ir Dr Suzana Ramli

KUALA LUMPUR, 29 November- Penyelesaian lebih holistik dan kerjasama semua pihak perlu diambil kira dalam menangani masalah banjir kilat yang sering berlaku di ibu negara.

Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Kejuruteraan (KPK) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Ir Dr Suzana Ramli berkata, pendekatan seperti mengawal pembangunan dan penggunaan infrastruktur hijau boleh diambil dalam menangani isu berkenaan.

"Jadi kita tukarkan kawasan yang tidak tertelap air ini menggunakan kaedah infrastruktur hijau Contohnya kita menggunakan atap hijau yang diperbuat daripada bahan yang boleh menyerap air.

"Kita juga boleh menukar longkang, jalan raya untuk pejalan kaki mengikut konsep pembangunan hijau," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Menurut Suzana konsep berkenaan telah diamalkan di Putrajaya dan kaedah itu dapat mengawal bajir kilat di kawasan itu.

Pada masa sama beliau juga menyeru komuniti supaya prihatin terhadap alam sekitar serta pembuangan sampah.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI