fb fb fb fb fb

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuantan, laluan utama terjejas

FOTO RTM

KUANTAN, 17 Disember - Hujan berterusan sejak awal pagi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Kuantan dilanda banjir, sekali gus meningkatkan paras air sungai dan menjejaskan keselamatan penduduk setempat.

Keadaan itu turut menyebabkan beberapa laluan utama terjejas dan terpaksa ditutup sementara kepada kenderaan bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

Sejak pukul 3 pagi tadi, sekumpulan penduduk sekitar Kampung Gudang Rasau tampil membantu mengawal laluan hadapan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) yang kini ditutup sepenuhnya.

Muhammad Firdaus Haziq, salah seorang sukarelawan, berkata mereka bertindak selepas mendapat maklumat mengenai banjir di lokasi itu melalui media sosial.

"Kami datang untuk membantu menjaga lalu lintas dan memaklumkan sebarang kejadian kepada pihak berkuasa," katanya.

1712 PHG JALAN BANJIR2Muhammad Firdaus Haziq, Sukarelawan

Sementara itu, Hadi Abdul Hadi, seorang penunggang motosikal, menegaskan risiko meredah kawasan banjir.

"Motosikal kebanyakan kalau redah memang bahaya, kadang-kadang motosikal ditolak air. Tak boleh ambil risiko," katanya.

1712 PHG JALAN BANJIR3Hadi Abdul Hadi, penduduk

Mohd Shafir Abdullah pula berkongsi pengalaman semalam, bahawa paras air naik secara mendadak pada awal pagi berbanding malam sebelumnya.

Antara laluan lain yang turut terjejas termasuk Jalan Kuantan-Maran di beberapa lokasi, Jalan Air Hitam, Jalan Kampung Pasir Kemudi, Jalan Kampung Bukit Bangkong, Jalan Kuantan-Pekan serta Jalan Sungai Lembing-Kuantan.

1712 PHG JALAN BANJIR4Mohd Shafir Abdullah, penduduk

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE