fb fb fb fb fb

Banjir Kampar : Bilangan penduduk dipindah ke PPS meningkat

FOTO APM KAMPAR

KAMPAR, 1 Oktober- Banjir di daerah Kampar susulan hujan lebat malam tadi terus menyaksikan pertambahan jumlah penduduk terjejas kepada 15 orang berbanding sembilan mangsa sebelum ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa terjejas banjir di tempatkan di PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan.

Dua kampung yang terjejas ialah Kampung Batu 20, Kuala Dipang dan Kampung Pulau Pisang, Malim Nawar.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang berada pada tahap berjaga-jaga iaitu 21.94 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan ribut petir dijangka berlaku di beberapa daerah di negeri itu pada sebelah petang nanti.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE