fb fb fb fb fb

Banjir: Jumlah penduduk terjejas berkurangan kepada lebih 80,000 setakat pukul 1.00 tengah hari

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 3 Disember- Jumlah penduduk banjir terjejas di lapan negeri mencatatkan penurunan kepada 84,374 orang setakat pukul 1.00 tengah hari tadi berbanding 93,532 pada pukul 9.00 pagi tadi.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 25,537 keluarga masih ditempatkan di 330 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri.

Di Kelantan, keadaan cuaca yang baik di Kelantan sejak semalam membenarkan penduduk terjejas banjir pulang susulan banjir telah surut di kediaman mereka.

Setakat pukul 1.00 tengah hari, 112 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif membabitkan tujuh jajahan di negeri itu bagi menempatkan 49,721 penduduk yang terjejas.

Jajahan Machang pulih sepenuhnya apabila kesemua PPS ditutup hari ini.

Dalam pada itu, menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan Jajahan Pasir Mas masih lagi mencatatkan angka yang tinggi iaitu dengan 25,147 masih berlindung di 48 PPS.

Diikuti Tumpat dengan 21,204 penduduk di 47 PPS.
 
Manakala Bachok ( 1,490), Kuala Krai ( 784), Kota Bharu ( 896), Pasir Puteh ( 68) dan Tanah Merah (132).

Sementara itu,public info banjir melaporkan, hanya dua sungai utama iaitu Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat dan Sungai Golok di Rantau Panjang Pasir Mas melepasi paras bahaya.

Sementara itu, Terengganu pula seramai 22,767 mangsa terjejas banjir daripada 6,023 keluarga direkodkan setakat pukul 1.00 tengah hari tadi.

Kira-kira 117 Pusat Pemindahan Sementara masih beroperasi di negeri tersebut.

Dungun masih mencatatkan mangsa terjejas paling ramai di negeri berkenaan iaitu  7,517 penduduk daripada 1,565.

Diikuti Kuala Terengganu dengan 3,943, manakala Besut, 3,349 orang.

Sementara itu, di Johor, seramai 309 orang daripada 1,086 keluarga terjejas akibat banjir di dua daerah negeri itu, setakat pukul 1.00 tengah hari tadi.

Di Kedah, seramai 7,095 penduduk daripada 2,241 keluarga terjejas dengan banjir, setakat pukul 1.00 tengah hari tadi.

38 PPS telah dibuka di lapan daerah negeri itu berbanding 40 pada pukul 9.00 pagi tadi.

Sementara, Pahang, 1,731 penduduk terjejas banjir, Perak (645 orang), Melaka ( kekal 161 orang), dan Perlis ( kekal 69 orang).

 

 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD